Saturday 2 February 2019

TRIP RUMAH BOT TASIK KENYIR

Foto oleh Kamsan - Hobian

Assalamualaikum semua!

Hari ni Abam nak cerita serba sedikit pengalaman Abam bercuti dengan rakan-rakan di atas bot pusing-pusing Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam. Ada yang tanya Abam, best ke? Giler tak best? Sangat-sangat best! Awesome!

So sebelum Abam citer lebih lanjut tentang pengalaman awesome tu, meh Abam citer serba-sedikit tentang Tasik Kenyir, Terengganu ni.


FAKTA MENARIK TASIK KENYIR


  • Dengan keluasan 260,000 hektar, tasik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara
  • Tasik Kenyir terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik buatan yang terhasil daripada empangan Kenyir pada tahun 1985
  • Terdapat 340 buah pulau buatan manusia yang terhasil di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya bukit tetapi kini ditenggelami oleh air di sekelilingnya sehingga membentuk pulau.
  • Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
  • Tasik ini menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama


Seronok tak baca fakta tentang Tasik Kenyir kat atas? Abam pun baru tahu. Copy and Paste je, sebab tu ayat tiba-tiba skema je kat atas...eh. Hahahahahaha. Tak sabar dah Abam nak share pengalaman ni.

Let's HUHA!

________________________________________________________________________________

PENGEMBARAAN BERMULA

Tasik Kenyir yang terletak 20 minit memandu dari Kuala Berang, Terengganu merupakan destinasi "Pusing-pusing Malaysia" pertama buat HOB. Perjalanan kami bermula pada 27 April 2018  (Jumaat) malam dari Cheras menuju ke Kuala Berang.

Dibawah Abam kongsi kan sedikit tentang tentatif kami sepanjang trip ini :

Check in - 12.00 pm 28/4/2018 (Sabtu)
Check out - 03.00 pm 30/4/2018 (Isnin)

HARI PERTAMA
Jeti - Air Terjun Saok (Mandi / Memancing / Bermalam)

HARI KEDUA
Air Terjun Saok - Kelah Santuary - Air Terjun Lasir (Mandi / Memancing / Bermalam)

HARI KETIGA
Air Terjun Lasir - Taman Herba - Jeti

Kami menggunakan khidmat bot dari Maya Niaga dan memilih rumah bot Ratu Kenyir 4 yang boleh memuatkan 20 orang penumpang (tidak termasuk anak kapal). Rumah bot ini mempunyai 5 bilik tidur dengan setiap bilik mempunyai 2 katil double decker, 1 ruang solat, beranda belakang dan depan bot, ruang santai dengan TV full pack movie (tak ada siaran TV ya disana). karaoke, dapur dan 2 bilik air. Kelengkapan pekakas dapur juga lengkap disediakan termasuklah dapur, gas, sinki, pinggan mangkuk, dapur BBQ dan peti sejuk. Harga yang kami dapat dengan rumah bot ini adalah RM3,000 untuk 3 hari 2 malam.

Korang juga boleh memancing di atas rumah bot dengan bayaran RM15 per malam. Umpan buah sawit disediakan oleh pihak rumah bot atau korang boleh bawa sendiri. Kat sini juga tiada line telefon mahupun internet sebaik saja meninggalkan jeti Tasik Kenyir.


Ratu Kenyir 4 ini menjadi teratak kami untuk 3 hari berikutnya. Boleh call nombor diatas untuk tempahan

Plan Rumah bot Kenyir 4

HARI PERTAMA - 28 APRIL 2018 (Sabtu)

Gombak - Kuala Berang - Jeti - Air Terjun Saok

Sebelum bertolak ke Kuala Berang, kami berkumpul dan berjumpa dulu di Gombak

Kami semua bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pada pukul 1 pagi pada 28/4/2018 dan tiba di Kuala Berang, Terengganu kira-kira 7.00 pagi. Di Kuala Berang, kami singgah sekejap di Pasar Besar Kuala Berang untuk membeli bahan basah seperti ayam, ikan dan lain-lain sebelum meneruskan perjalanan kami ke Jeti Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Waktu untuk check in Rumah Bot kami adalah pada pukul 12.00 tengah hari. Sementara menunggu ketibaan rumah bot kami itu, kami bersarapan dahulu di sekitar jeti di sana.




Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Jeti Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir untuk bersarapan kerana lokasi yang dikongsi oleh Maya Niaga untuk kami naik bot nanti berhampiran dengan Lawit Lodge Hotel Budget. Kat sana tak ada kedai makan untuk kami bersarapan. Kereta pulak boleh diparking di sekitar Lawit Lodge Hotel Budget dengan bayaran RM10 per entry.

No comments:

Post a Comment