Sunday 3 February 2019

TRIP GUNUNG FAKIR TERBANG


Foto oleh Pamie - Hobian


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, pada penghujung bulan Januari yang lalu, Team HOB telah berjaya mengadakan trip pertama untuk tahun 2019 ke Gunung Fakir Terbang dan Tasik Pedu. Untuk maklumat semua, trip ini telah dicadangkan oleh salah seorang ahli HOBian sebelum kami realisasikan dan menjadikan ia sebagai salah satu  destinasi Trip Keliling Malaysia.

Kami sebelum ini pernah mendengar tentang Tasik Pedu tetapi tidak secara jelas. Dari pencarian itulah kami dapat tahu terdapat sebuah tasik buatan yang besar terletak di utara tanah air. Di sana, banyak aktiviti riadah yang boleh kita lakukan, salah satunya adalah mendaki Gunung Fakir Terbang atau mandi-manda di Tasik Pedu.

Sebelum tu, seperti biasa, biar abang kongsikan serba sedikit info berkenaan Gunung Fakir Terbang :





Jom kita BerHUHA sambil hiking!

_________________________________________________________________________________

TENTATIF H.O.B

Dibawah kami kongsikan sedikit tentang tentatif kami sepanjang trip ini :

Check in - 25/1/2019 (Jumaat)
Check out - 27/1/2019 (Ahad)

HARI PERTAMA (25/1/2019)
0400 - Berkumpul di TBS
1100 - Tiba di meet point / berehat / solat / makan
1600 - Bergerak ke kaki Gunung Fakir Terbang
2000 - Tiba di puncak Gunung Fakir Terbang
2100 - Prepare untuk dinner / santai
2400 - Tidur

HARI KEDUA (26/1/2019)
0630 - Subuh / Sarapan
0700 - Layan sunrise dan Awan karpet
0830 - Taklimat ringkas sebelum turun
1230 - Tiba di kaki Gunung Fakir Terbang
1245 -  Bergerak ke Main Gate
1300 - Bergerak ke Jeti Ceruk Air Keruh
1415 - Taklimat keselamatan & bertolak ke Survival Island
1440 - Tiba di Survival Island
1600 - Mandi Tasik / Aktiviti Santai
1900 - Menikmati sunset di Tasik Pedu
2000 - BBQ
2100 - Malam kebudayaan & aktiviti bersama
2400 - Tidur

HARI KETIGA (27/1/2019)
0630 - Subuh & Prepare breakfast
0900 - Jungle Trekking, melihat sarang madu tualang & Gigantic Root visit
1030 -  Balik ke Pulau
1100 - Water sport & aktiviti santai
1330 - Lunch
1400 - Berkemas untuk pulang

_________________________________________________________________________________

Untuk hari pertama, aktiviti kami lebih kepada mendaki Gunung Fakir Terbang, manakala pada hari kedua dan ketiga lebih kepada aktiviti santai di Survivor Island, Tasik Pedu. Jika korang nak tau kisah ktorang di hari kedua di Tasik Pedu, bolehlah klik link dibawah :

➣ KLIK : HARI KEDUA & KETIGA : TASIK PEDU


Seperti biasa, perjalanan kami bermula di Kuala Lumpur dan bersama-sama ber-konvoi menuju ke destinasi Gunung Fakir Terbang, Kedah. Kami tiba di meet point Kuala Nerang kira-kira pada pukul 2.00 petang sebelum menuju ke destinasi kaki Gunung Fakir Terbang, iaitu di Mutiara Pedu Lake Resort. Perjalanan menuju ke sana akan melalui satu jalan yang luas dengan pemandangan yang indah menyusuri Tasik Pedu. Dari jauh korang akan nampak puncak Gunung Fakir Terbang.

Dari jalan utama ke pintu pagar Mutiara Pedu Lake Resort akan melalui satu jalan kecil berliku-liku yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Mutiara Pedu Lake Resort dahulunya merupakan resort golf yang terkenal sebelum ditutup pada 2007 atas faktor kemerosotan pengunjung. Terdapat sebuah tapak luas bagi hikers untuk parkir. Jangan risau, di sana terdapat satu pondok jaga yang akan tengok-tengokkan kereta korang.


LOKASI MUTIARA PEDU LAKE RESORT

(Tempat Berkumpul untuk ke Gunung Fakir Terbang)





GUIDE GUNUNG FAKIR TERBANG


Untuk trip hiking kali ini, kami menggunakan khidmat Guide Abang Zam (019 - 444 3028) bersama-sama 5 rakannya yang akan membantu kami sepanjang pendakian ke puncak Gunung Fakir Terbang. Abang Zam dan teamnya itu sangat sporting, dan banyak membantu kami serta banyak berkongsi tips-tips yang berguna.


BAYARAN GUIDE & 4WHEEL

Bayaran guide dikenakan RM50 untuk satu kepala. Dari pintu pagar Mutiara Pedu Lake Resort ke kaki Gunung Fakir Terbang, mengambil masa hampir 30 minit dengan berjalan kaki melalui padang golf yang terbengkalai. Namun saya cadangkan korang untuk ambil khidmat 4Wheel yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk satu kepala. Selain menjimatkan masa, korang juga dapat simpan stamina untuk mendaki nanti.


Bersedia dengan kelengkapan camping sebelum memulakan pendakian


Bergambar di pintu masuk Mutiara Pedu Lake Resort sementara menunggu ketibaan 4Wheel

Hanya ada satu 4Wheel, jadi kami terpaksa mengikut giliran
Sempat bergambar berlatar belakang banjaran Kedah - Singgora

Sebelum memulakan pendakian, kami diberi sedikit taklimat serta pantang-larang semasa pendakianb


CABARAN TREK

Pada peringkat awal, kami hanya melalui kawasan semak samun dan lalang. Tiada jalan atau denai yang jelas dan kami jadikan abang guide sebagai panduan kami. Selepas 30 minit menyusuri laluan santai, kami kemudiannya disajikan dengan pendakian secara menengak dan berbukit. Batang kayu dan akar pokok menjadi 'pautan' kami untuk naik ke atas,

Selepas lebih kurang sejam pendakian itu, trek mulai sukar dan mencabar. Kami terpaksa melalui laluan batu sempit yang curan. Banyak keadaan batuan yang tidak stabil dan ketika ini kami dinasihati untuk berhati-hati jika ingin menjadi kan batu sebagai pautan. Memakai sarung tangan ketika ini amatlah digalakkan.

Bila dah sampai laluan batu ini, makan bermula la pendakian yang lebih mencabar dengan pacak 80 - 90 darjah.


Pendakian bermula. Kami hanya mengikut jejak abang guide kerana laluannya tidak jelas dan berbahaya.

Gelagat sebahagian daripada Hobian ketika mendaki

Misi kami sama - ke puncak gunung

Selepas 30 minit mengharungi denai yang landai, pendakian kami mula ke arah 80 - 90 darjah

Perjalanan semakin mencabar selepas sejam pertama apabila kami terpaksa menyusuri tepian curam batu.

Berhenti berehat seketika sambil menunggu ketibaan hobian lain

PEMANDANGAN KETIKA PENDAKIAN

Ketika hampir separuh pendakian kami, kepenatan kami tidak terasa apabila dapat melihat keindahan matahari terbenam berlatar belakangkan pemandangan Tasik Pedu. Kami berhenti sekali lagi untuk bergambar selain bersiap sedia dengan headlamp memandangkan suasana semakin gelap.


Pemandangan yang matahari terbenam di separuh pendakian kami

Mengambil kesempatan untuk merakam kenangan indah

TIBA DI PUNCAK

Selepas hampir 3 jam lebih mengharungi detik-detik memenatkan, akhirnya kami tiba di puncak Gunung Fakir Terbang. Oleh kerana kami tiba pada waktu malam, lebih kurang pada pukul 8 malam, kami tidak dapat melihat pemandangan puncak secara jelas. Angin sejuk bertiup amat kencang di puncak Gunung.

Kami telah ditunjukkan oleh abang guide batu sempadan di antara sempadan Malaysia - Thailand. Ketika di puncak juga, kami disuruh untuk menghalakan suluhan headlamp ke tanah atas faktor keselamatan.


Batu sempadan antara Malaysia dan Thailand di puncak Gunung Fakir Terbang

Sempat bergambar di papan tanda puncak gunung sebelum memasang khemah

Badan pun sudah penat, tina masanya untuk makan malam dan rehatkan diri


HARI KEDUA (26 JANUARI 2019)

Selepas subuh, kami beramai-ramai menunggu di lereng gunung menantikan matahari terbit bersama-sama abang guide. Kepenatan kami semalam dan penantian itu juga amat berbaloi selepas disajikan dengan keindahan matahati terbit yang amat memukau di puncak!

GEOGRAFI GUNUNG FAKIR TERBANG

Puncak Gunung Fakir Terbang merupakan point paling tinggi di banjaran Kedah - Singgora. Puncaknya terletak betul-betul di atas sempadan Malaysia - Thailand. Pemandangan puncaknya, Subhanallah, cukup menakjubkan dengan berlatar belakangkan Tasik Pedu dan Gunung-Ganang.

Puncaknya mempunyai kawasan landai yang sesuai untuk dijadikan tapak camping dengan kawasan hutan pokok renek. Manakala suhu dipuncaknya adalah sangat sejuk dan berangin yang sangat menenangkan. Tiada nyamuk, jadi korang tak perlu susah-susah bawa ubat nyamuk.

Dikawasan puncak juga didasari hampir sepenuhnya dengan batuan Konglomerat yang dikenali sebagai lapisan Saiong yang terbentuk kira-kira 2.58 - 66 juta tahun lampau dan dipercayai telah wujud sejak zaman dinasour lagi. Wow....rasa macam masuk kawasan Jurassic Park le pulak.


Menunggu terbitnya matahari di puncak Gunung

Admin juga tak melepaskan peluang untuk merakam detik-detik memukau ini.

Bendera HOB berkibar di atas Puncak Gunung Fakir Terbang

Yeah... We are here! - Hobians

Di puncak gunung dengan berlatar belakang Tasik Pedu

Sempat berposing ala-ala cerita hindustan

Bergambar lagi sehingga perut mula lapar

Bersarapan dahulu sebelum mengemas dan turun gunung


Meninggalkan 'tanda' sebagai kenangan "We are here!"


TREK TURUN

Selepas puas bergambar disetiap sudut puncak gunung, perut mulai rasa lapar. Kami bersarapan dahulu sebelum berkemas. Lebih kurang pada pukul 10 pagi, kami mula siap berkemas dan menerusi misi kami untuk turun dari puncak.

Untuk laluan turun, kami menggunakan laluan yang berbeza. Ketika turun, laluannya juga agak mencabar kerana faktor licin dan laluan batu yang tidak stabil. Silap langkah, memang berguling-guling le batu jatuh ke bawah, Kena lebih berhati-hati dan mengikut abang guide di mana tapak yang stabil untuk memijak, takut tersilap pijak, batu-batu akan jatuh ke bawah. Untuk sampai ke kaki gunung, hanya memakan masa 2 hingga 3 jam sahaja.

Keseluruhannya, kami banyak menggunakan laluan berbatu, di tepi sungai, licin dan berpacat. Mohon untuk periksa selalu jika ada pacat di kaki.



Masa untuk turun. Menuruni gunung juga tidak kurang mencabar juga.

KAKI GUNUNG

Kami tiba di kaki gunung lebih kurang pada pukul 1 tengah hari dan meneruskan misi jelajah kami ke Tasik Pedu yang hanya memakan masa 30 minit sahaja dari pintu masuk Mutiara Pedu Lake Resort

bersambung.....




No comments:

Post a Comment