KENALI HOB


SEJARAH HOB

Bermula dengan perancangan 3 sekawan untuk melakukan aktiviti riadah di Rumah Bot Tasik Kenyir pada awal tahun 2018. Pada awalnya, fokus hanya terarah kepada pencarian trip dengan harga bajet dan mampu disertai. Namun, idea dan minat mula bercambah sekaligus membawa kepada perancangan untuk menganjurkan trip sendiri dengan harga yang lebih murah.

Pada permulaannya, Trip Rumah Bot Tasik Kenyir hanya tertumpu kepada kenalan rapat dan dibuka untuk 15 orang peserta sahaja. Akan tetapi, atas permintaan daripada rakan-rakan lain yang juga ingin turut serta membuatkan trip ini dibuka kepada 20 orang peserta.

Namun, berlaku penarikan diri peserta pada saat akhir dan telah membuatkan trip ini dibuka kepada umum. Atas kejayaan Trip Rumah Bot Tasik Kenyir yang berjalan lancar telah mencetuskan idea dan cadangan untuk memulakan Trip Jelajah Negeri-Negeri di Malaysia dan tertubuhlah Group HUHA Outdoor Buddies (HOB)




OBJEKTIF

  • Menjadi platform untuk individu yang menjadi kumpulan bagi melakukan aktiviti luar bersama.
  • Mewujudkan sebuah komuniti yang melakukan aktiviti luar bersama meliputi aktiviti mendaki, berkhemah, melancong, backpacking, berkayak, beriadah, larian dan lain-lain.
  • Menganjurkan trip pada harga bajet dan mampu disertai oleh semua orang

VISI

Menjadi sebuah entiti yang mampu memberi contoh kepada umum tentang kepentingan dan kelebihan dalam melakukan aktiviti secara berkumpulan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan serta tidak melanggar undang-undang.

MISI

  • Melahirkan komuniti yang bergerak bersama sebagai satu "keluarga"
  • Menerapkan semangat setiakawan kepada setiap ahli
  • Mematuhi prosedur serta garis panduan dan tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta jabatan & agensi yang berkaitan.

MOTO

Moto rasmi bagi HOB adalah HUHA yang membawa maksud Happening, Unity, Harmony dan Adventurous


CARTA ORGANISASI


En. Mohd Fahminizam Bin Mohamad Zin

Pengasas


En. Wan Mohad Farhan Bin Wan Zakaria

Pengasas bersama : Bendahari


En. Mohd Khamsan Bin Talib

Pengasas bersama : Promosi & Multimedia





No comments:

Post a Comment